Ezad Exist Didenda

SELAYANG: Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan masing-masing memiliki dan mengambil dadah jenis syabu , November tahun lalu.

 

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri turut memerintahkan Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 36, menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

 

Ezad juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

 

Mengikut pertuduhan, Ezad didakwa atas tuduhan memiliki satu peket lut sinar berisi syabu seberat 0.62 gram di kawasan Kompleks Beli-Belah Selayang Mall, Selayang Utama, dekat sini pada 1.30 petang, 19 November 2014.

 

Manakala bagi pertuduhan kedua, pada tarikh yang sama Ezad didakwa memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Gombak, 2.30 petang. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.