Kanak-Kanak Leher Lembut, Kaki Lumpuh Perlu Bantuan RM10,000 Beli Kerusi Khas

KOTA BHARU – Muhammad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi, dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, namun pada usia lapan bulan, dia mengalami demam panas dan saraf kejang menyebabkan tubuhnya menjadi lemah.

Kini, pada usia tiga tahun, kanak-kanak istimewa itu longlai berikutan tulang lehernya lembut selain kaki dan tangannya seolah-olah lumpuh.

Ibunya, Sareha Ismail, 46, berkata harapannya adalah untuk melihat anak bongsunya itu berjalan seperti kanak-kanak seusianya dan memohon bantuan untuk membeli kerusi khas yang dapat memberi sokongan pada leher yang disyorkan doktor bernilai RM10,000.

“Hanya itu sahaja cara yang dicadangkan pihak fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pauh Badang di sini, hari ini.

Suri rumah itu berkata suaminya Mohd Rosbaidi Mohamad Nor, 48, hanya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan namun beliau bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak kebajikan hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 030010498488760100013 atas nama Mohd Rosbaidi Mohamad Nor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.