Wajar Penjarakan Individu Hina Bekas Agong

SEREMBAN: Tindakan tegas termasuk hukuman penjara wajar dikenakan terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Lateffah Ali, berkata tindakan mengikut undang-undang itu perlu sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada individu lain.

“Penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong itu tidak sepatutnya berlaku oleh rakyat negara ini dan tidak boleh dibiarkan. Di mana adab rakyat yang sudah hilang jati diri dan rasa hormat.

“Justeru, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa supaya ia menjadi pengajaran bukan sahaja kepada pelaku tetapi juga individu lain agar tidak mengulanginya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa individu yang memuat naik status berbaur penghinaan di laman sosial Facebook, susulan peletakan jawatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Lateffah berkata, Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati oleh rakyat di negara ini, namun beliau kecewa dengan sikap biadap segelintir individu yang memuat naik status berbaur kritikan dan penghinaan terhadap baginda.

“Manusia tidak lari daripada membuat kesilapan. Kalau ada hukuman bagi setiap kesilapan dilakukan, ia akan menjadi panduan kepada semua.

“Jika dilepaskan, negara akan melahirkan generasi lebih teruk dan akan merosakkan kerukunan negara serta memecah belah rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya. – BERITA HARIAN

One thought on “Wajar Penjarakan Individu Hina Bekas Agong

  • January 10, 2019 at 10:00 pm
    Permalink

    Denda penjarakan 20tahun baru dia org tahu dan kesal??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.