Video: DAP Bukan Tentukan Dr Mahathir Jadi PM, Tapi Cadangkan, Kata Pejabat PM

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menyifatkan laporan Utusan berkaitan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa yang menyebut DAP yang menentukan siapa yang layak memegang jawatan selepas PH menang PRU14 sebagai laporan yang tidak tepat.

Menerusi kenyataan media kepada Utusan kelmarin, Pejabat PM mempertikaikan dua perenggan dalam laporan tersebut.

“Di dalam artikel yang sama terdapat juga perenggan yang berbunyi “Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagitahu bahawa yang tentukan saya akan jadi Pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jika menang dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu adalah DAP”.

“Apa yang sebenarnya diucapkan oleh beliau adalah – “Saya tahu ada orang yang berpendapat bahawa parti DAP ini parti musuh, musuh orang Melayu. Semua orang Melayu dibagitahu oleh UMNO bahawa parti DAP ini adalah musuh.

“Tapi saya nak bagitahu yang cadang saya jadi Pengerusi dan saya jadi bakal Perdana Menteri kalau menang adalah DAP,” ujar kenyataan Pejabat PM.

Perenggan kedua petikan kenyataan Dr Mahathir dari laporan asal Utusan itu turut dipertikaikan Pejabat PM.

“Perenggan “DAP tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang daripada DAP” adalah tidak tepat.

“Rakaman video ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Ibu pejabat Bersatu negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam tidak ada menyebut “DAP tentukan siapa pemimpin…”. Ini merupakan satu kesilapan laporan yang amat jelas,” kata kenyataan Pejabat PM itu lagi.

Bagaimanapun kenyataan Pejabat PM itu tidak menyertakan transkrip penuh bagi perenggan tersebut, meskipun perenggan tersebut turut mengundang kontroversi dan hangat dibicarakan di media sosial.

Berikut ialah transkrip penuh bagi perenggan tersebut.

“Mereka (DAP) menunjuk pemimpin-pemimpin daripada parti-parti Pakatan Harapan ini nak pegang jawatan apa. Mereka (DAP) juga menyatakan selepas saya, Datuk Seri Anwar akan mengambil alih. Semua ini datang dari DAP.

“Jadi kalau saya musuh mereka (DAP) dan tak boleh bekerjasama dengan mereka (DAP), kenapakah mereka (DAP) pilih saya?.

“Jadi mereka (DAP) juga sedar kepimpinan kerajaan terdahulu perlu disingkirkan kerana kerosakan yang dilakuskan Datuk Seri Najib itu jauh lebih besar dari sengketa antara parti-parti lawan.

“Inilah sebabnya yang kita menang, kalau tidak kita tak menang. Seperti mana tuan-tuan tahu dalam Pilihan Raya yang ke-14, parti Bersatu cuma menang 13 kerusi (Parlimen) sahaja,” kata Dr Mahathir berdasarkan rakaman video tersebut. – SuaraTV

2 thoughts on “Video: DAP Bukan Tentukan Dr Mahathir Jadi PM, Tapi Cadangkan, Kata Pejabat PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.