UMNO Di Cameron Highland?

KUALA LUMPUR – UMNO memberi bayangan bakal meletakkan calon dari parti mereka sebagai wakil pembangkan dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan diadakan 26 Jan ini.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Mohamad Hasan berkata calon berkenaan yang akan diumumkan BN esok telah mendapat persetujuan MCA dan MIC.

“UMNO sudah bersetuju untuk kita pastikan calon yang mewakili BN pada PRK nanti boleh menguatkan parti dan beri kemenangan kepada parti.

“Perlu diingat, keadaan sudah berubah, dulu parti bawa calon, nama parti ada, letak siapa pun boleh menang. Tapi sekarang situasai berbeza… kita perlukan calon yang boleh bawa (kemenangan) kepada parti.

“Sebab itu saya katakan tadi, kita perlu membawa kepada mesyuarat majlis tertinggi untuk mendapatkan mandat UMNO juga.

“MCA dan MIC sudah bersetuju,” katanya selepas mempengerusikan mesyurat Majlis Tertinggi malam tadi. 

Walaubagaimanapun katanya sama ada calon yang akan bertanding nanti daripada UMNO atau sebaliknya hanya akan diumum pada hari ini.

Kerusi Cameron Highlands secara tradisinya ditandingi oleh calon MIC sebelum ini.

Bagaimanapun timbul spekulasi UMNO akan meletakkan calonnya dan dikatakan bakal mempertaruhkan bekas pegawai polis Orang Asli Ramli Mohd Noor.

Ramli, 61, pernah menjadi penolong pesuruhjaya polis, yang merupakan jawatan paling tinggi pernah dijawat Orang Asli dalam jabatan itu.

BN akan mengumumkan calonnya di sebuah hotel di Kuala Lumpur jam 11 pagi esok (Khamis).

PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengarahkan kerusi berkenaan dikosongkan susulan mendapati berlaku pembelian undi pada PRU ke-14.

Pada PRU itu, Naib Presiden MIC, C Sivarraajh memenangi kerusi Cameron Highlands dalam pertarungan lima penjuru, mengatasi calon DAP M Manogaran dengan beza undi 597.

Bagaimanapun, bagi PRK kali ini, Sivarraajh tidak bertanding selepas SPR menetapkan beliau hilang kelayakan dan tidak dibenarkan mengundi selama lima tahun.

Selain PKR , Tan Sri M. Kayveas dari MyPPP baru-baru ini mengesahkan dirinya akan bertanding. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.