Nga Kor Ming Nafi DAP Kuasai PH dan Tentukan Mahathir Jadi PM

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan parti itu menguasai Pakatan Harapan (PH), malah turut menolak dakwaan DAP memainkan peranan penting menentukan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Memetik laporan MalayMail, Pengerusi DAP Perak itu berkata, semua parti komponen PH saling bermuafakat mendukung agenda reformasi, tanpa mana-mana parti tertentu menguasai parti komponen yang lain.

“Saya nasihatkan janganlah main politik setiap hari, rakyat sudah jemu, sudah letih. (Apa) yang penting kita sekarang fokus untuk agenda membangukan negara dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat,” kata Nga Kor Ming.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan yang menyebut Dr Mahathir mengakui peranan DAP dalam menyokongnya sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.

Namun Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya semalam menafikan sebahagian laporan tersebut yang disifatkan tidak tepat, antaranya menjelaskan Dr Mahathir tidak menyebut “DAP tentukan siapa pemimpin” kerajaan PH.

Nga Kor Ming sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai semasa kempen Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu apabila tersebar video ceramah beliau yang didakwa mengumpamakan Dr Mahathir sebagai kuda.

“Bila Mahathir mati, selepas Mahathir mendaftar di `alam roh’ nanti, PRU yang akan datang Mahathir dah tiada, siapa lagi ada cara? Untuk kasi potong itu celaka.

“Dah tak ada kan? Sebab itu kita kena merebut peluang ini. Kuda (Dr Mahathir) bunuh ayam (Najib), kalau kita terlepas peluang ini, mungkin kena tunggu 60 tahun lagi,” kata Nga Kor Ming dalam salah satu video ceramahnya yang viral di media sosial dan pernah dilaporkan portal Harian Metro pada 8 Mei tahun lalu.

Ketika mengulas video tersebut, juga dipetik dari laporan Harian Metro, Nga Kor Ming menyifatkan video itu sebagai serangan fitnah.

“Kempen fitnah sedang dijalankan secara besar-besaran, laporan polis telah dibuat, seluruh rakyat kini harus fokus kepada usaha membina kerajaan baharu dan tidak terpedaya dengan taktik kotor BN (Barisan Nasional) lagi,” katanya. – SuaraTV

'Tunggang Kuda Untuk Bunuh Ayam' – Nga Kor Ming

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming ajar satu lagi istilah menarik mengenai Mahathir untuk tatapan rakyat. 'Qi Ma Qu Sha Ji'

Posted by Gerak Perak on Sunday, May 6, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!