Johari Pengerusi PKR Kedah, Anaknya Pula Ketua

KUALA LUMPUR – PKR Kedah membariskan Datuk Johari Abdul sebagai Pengerusi manakala anaknya sendiri  Mohammed Firdaus sebagai Ketua PKR negeri itu. 

Beliau dilantik menjawat jawatan itu oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim bulan lalu selepas berunding dengan pemimpin cabang.

Sementara pelantikan Firdaus diumumkan awal hari ini oleh Ketua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir, selepas berunding dengan pemimpin Pemuda PKR Kedah dan Pengerusi PKR Kedah. 

Namun demikian Johari nafi pelantikan anaknya bersifat nepotisme sebaliknya berkata beliau bertumpu kepada PKR Sungai Petani, sementara anaknya menang dalam pemilihan ketua Pemuda PKR Jerai.

“Dia menang dalam saingan sengit. Saya tidak sokong dia. Saya sendiri kalah dalam pemilihan jawatan ketua cabang Sungai Petani,” kata Johari dipetik sebagai berkata. 

Akmal, dalam kenyataan media hari ini, berkata proses pelantikan bagi pemimpin Pemuda PKR Sabah dan Sarawak belum selesai.

“Semoga ketua Pemuda Negeri yang dilantik ini dapat memberikan khidmat yang terbaik bagi memastikan Keadilan terus terkehadapan dalam melaksanakan agenda reformasi,” kata Akmal.

Daripada 12 ketua Pemuda PKR negeri yang dilantik setakat ini, sembilan merupakan yang menang dalam pemilihan Pemuda PKR, dan dan yang lain merupakan ketua Cabang.

Adun Kota Anggerik Najwan Halimi merupakan satu-satunya yang dilantik meski tidak mempunyai jawatan dalam parti.

Pada pemilihan PKR tahun lalu, Najwan tewas dalam saingan merebut jawatan ketua Cabang PKR Shah Alam.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.