Video: ‘Perkahwinan Gay’ Didakwa Di Arab Saudi, Kini Disiasat

Pihak berkuasa Arab Saudi kini sedang menyiasat video yang tersebar yang didakwa perkahwinan gay di negara berkenaan.

Video berkenaan kini menjadi tular di negara-negara teluk dan telah mencetuskan kemarahan ramai. Ia tersebar sejak Rabu lalu.

Setakat ini tidak dapat disahkan kesahihan video itu namun ada sesetengah netizen menyatakan ia merupakan video palsu namun pihak berkuasa tidak memandang ringan mengenai pengedaran video terbabit.

Menurut laman web berita Al-Araby, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ia dikatakan berlaku di Aradiyat, berhampiran Mekah. Susulan itu polis telah menjalankan serbuan dan menangkap mereka yang terlibat, demikian menurut laman web Al-Marsd.

Dalam pada itu, jurucakap pentadbiran Aradiyat, Ali bin Youssef al-Sharif memberitahu siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. Maklumat lanjut akan diberikan sebaik sahaja pihaknya menyiasat kesahihan video terbabit.

Ali juga menegaskan akan pentingnya mematuhi prinsip agama, akhbar yang baik dan nilai-nilai mulia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.