Video: Peniaga Online Rempuh Perjalanan 500 Batu Untuk `Ajar’ Pelanggan

Gila…seorang pemilik sebuah syarikat peruncitan dalam talian, sanggup menempuh perjalanan 500 batu semata-mata untuk bersemuka dan `mengajar’ pelanggannya yang meninggalkan ulasan yang tidak baik terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Lelaki itu, Zhang, telah memukul dan menyerang seorang wanita, Xiao Li kerana memberikan ulasan buruk mengenai perkhidmatan penghantaran barang yang dikatakan lambat empat hari dari tarikh penyerahan.

Kejadian yang berlaku di Zhengzhou, China itu, telah dirakamkan di CCTV.

Ia menunjukkan bagaimana Zhang menendang, memukul, menampar dan menolak wanita itu hingga jatuh ke lantai, ketika dia sedang bercakap di telefon bimbit.

Xiao Li dibawa ke hospital selepas mengalami lebam dan gegaran.

Xiao Li mendakwa menerima mesej daripada Zhang bahawa dia akan mencari wanita itu biarkan jarak perjalanan 500 batu untuk mengajar wanita terbabit.

Dalam pada itu, polis memaklumkan sedang menyiasat kes tersebut namun enggan mengulas mengenainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.