Video : Ikan Paus Selamatkan Penyelam Daripada Jerung

RAROTONGA, Cook Islands – Seekor paus humpback dirakam melindungi seorang ahli biologi marin daripada seekor jerung yang berada berhampirannya serta ‘membawa’ wanita itu ke tempat selamat.

Menurut Agensi, melalui rakaman video di perairan Pantai Muri, dekat sini, ikan paus seberat 22,679 kilogram itu dilihat menyelamatkan Nan Hauser, 63, dan pasukannya selepas menyedari kehadiran seekor jerung harimau.

Mamalia gergasi itu bertindak menyembunyikan Hauser di bawah siripnya dan menggunakan kepala serta mulutnya untuk menolak wanita tersebut ke ruang yang lebih selamat berdekatan badannya.

Hauser berkata, kejadian yang berlaku pada Oktober lalu membuktikan sifat intuitif semula jadi ikan paus untuk melindungi spesies haiwan lain termasuk manusia. Malah, Hauser percaya perkara sedemikian tidak pernah dirakam sebelum ini.

“Saya menghabiskan masa selama 28 tahun untuk melindungi ikan paus dan pada saat itu, saya tidak sedar bahawa haiwan tersebut pula melindungi saya di bawah siripnya yang besar,” katanya kepada Mirror Online, petik Kosmo

Pada akhir rakaman itu, Hauser naik ke permukaan air dengan selamat dan paus humpback itu dilihat membuat percikan air sebelum kembali menyelam ke lautan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.