Tangkap Ikan Di Sungai Beku

Hwacheon, Korea Selatan – Lebih sejuta orang dijangka menyertai Festival Ais Hwacheon Sancheoneo untuk menangkap ikan di sebatang sungai beku semasa musim sejuk ketika ini.

Festival yang merupakan acara tahunan termasuk diadakan selama tiga minggu itu menarik minat orang ramai mencuba nasib mereka dengan menebuk lubang di atas permukaan ais dan menangkap ikan yang berada di bawahnya menggunakan tangan kosong.

Negeri Hwacheon merupakan salah satu tempat popular serta paling sejuk di Korea Selatan namun menjadi pilihan orang ramai untuk menyambut festival itu pada tahun ini, lapor agensi berita Yonhapnews, petik Kosmo

Negeri seluas 1,450 kilometer persegi itu didiami 27,000 penduduk kerana terlampau banyak sungai dan gunung di wilayah tersebut. Malah, Hwacheon pernah menjadi lokasi pertempuran sengit semasa Perang Korea sehingga pada waktu itu lebih banyak rumah didiami anggota tentera daripada orang awam.

Secara keseluruhan, lebih 60 program disediakan sepanjang tempoh festival itu berlangsung termasuk sukan, permainan dan aktiviti kebudayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.