Pengantin Viral Dipanggil Polis

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pengantin lelaki diarak memasuki dewan bersanding dengan sepucuk pistol diselit di sampinnya menggantikan keris.

Gara-gara ingin membuat gimik dan kelainan pada majlis tersebut, Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar terpaksa memberi keterangan kepada pihak polis berikutan gambarnya yang menjadi viral.

Menurut laporan Metro, Saiful Ikhsan ada menyatakan sedikit kekesalan sejurus tularnya gambar tersebut kerana dia terpaksa memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

“Ada menyesal sedikit, tetapi nak buat macam mana, perkara sudah berlaku, saya terpaksa lalui.

“Saya sudah memberi keterangan kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak malam semalam dan memberi gambar pistol berkenaan kepada polis dari Bukit Aman.

“Itu sebenarnya pistol mainan yang saya beli pada harga RM45 dan sudah dipotong pada bahagian hadapan supaya ia tidak kelihatan seperti pistol sebenar,”katanya.

Tambahnya, dia ada mendapatkan maklumat undang-undang berkenaan pemilikan pistol mainan sebelum membuat gimik tersebut. Sebab itulah, dia memotong bahagian depan pistol berkenaan.

Bila dah terjebak dengan urusan undang-undang ini, tidaklah mengganggu mood perkahwinan saya cuma terpaksa berkorban masa untuk selesaikannya.

Sepatutnya perkara ini untuk majlis saya, tetapi apabila tular, ramai yang kata saya menolak adat dan untuk itu, saya terima dengan hati terbuka kalau saya menggangu adat.

Keluarga, kawan-kawan ada juga sindir saya selepas apa yang berlaku dan isteri pun reda saja selepas saya buat gimik itu.

Apa yang pasti, ini akan menjadi kenangan saya sehingga ke anak cucu dan saya akan pesan kepada mereka nanti supaya jangan buat macam ini.

Katanya lagi, kenangan ini pasti akan diingatinya sehingga ke anak cucu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.