Nyaris Mati Beku Demi Peperiksaan Sekolah, Kisah Budak Lelaki Ini Buat Netizen Kasihan

Gambar budak sekolah Cina ini menjadi viral di media sosial. Dalam gambar tersebut kelihatan rambut budak itu kelihatan putih.

Nampak seperti kelakar tetapi hakikatnya warna putih di rambutnya adalah ais yang melekat.

Gambar  itu diambil kerana dia datang ke sekolah dalam keadaan beku!

Ramai netizen yang kasihan terhadap pelajar itu.

Guru dari budak itu mengisahkan, budak itu baru saja berjalan sejauh 4.5 kilometer ke sekolah.

Dia pergi ke sekolah walaupun musim sejuk.

Gerbang sekolah dalam kondisi penuh salju

Tak sedikitpun luntur semangat kanak-kanak itu untuk ke sekolah, meski satu-satunya pertahanan yang dia ada hanyalah pakaian tipis.

Bayangkan, budak lelaki itu terpaksa berjalan jauh di tengah-tengah kesejukan sembilan darjah calcius!

Insiden ini berlaku di Shaotong, sebuah bandar kecil di Yunnan, selatan China.

Budak lelaki itu adalah pelajar kelas 3 di Zhuanshanbao Elementary School.

Dia dijaga oleh datuknya.

Pengetua sekolah memberitahu budak itu merupakan pelajar yang sangat cerdas dalam pelajaran Matematik.

Malah, dalam keadaan sejuk, peperiksaan Matematik pada hari itu dia peroleh markah 99. Setiap hari, budak lelaki ini perlu berjalan selama 1 jam ke sekolah.

Dilaporkan dari The Daily Mail, netizen juga kasihan, dan berdoa untuk anak itu supaya semuanya baik.

“Bekerja keras, anak, ubah takdirmu, anda pasti boleh!” kata mereka ketika memberikan dorongan kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.