Lelaki Dipercayai Larikan Bekas Teman Wanita Ditahan

Polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai melarikan bekas teman wanitanya dari kediaman mangsa di Kampung Sungai Soi Alor Beruang dalam kejadian pada petang Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek ditahan di sekitar bandar ini 7 petang kelmarin dan membawa kepada penemuan mangsa, 34, yang juga seorang guru.

“Mangsa berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, cuma mendakwa dia telah ditampar oleh suspek dan polis masih menyiasat motif utama suspek bertindak melarikan mangsa,” katanya kepada pemberita di Kuantan semalam.

Berikutan itu, polis telah mendapatkan perintah tahanan suspek hingga 15 Jan ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, suspek telah datang ke rumah mangsa untuk mencari abang kepada adik angkat mangsa sambil memegang sebilah parang sebelum melarikannya dengan menaiki sebuah kenderaaan milik mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan cara salah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.