Kejam! Gadis 14 Tahun Dikurung dan Dipaksa Lakukan Hubungan Seks Dengan 20 Lelaki Selama Lima Hari

Sungguh malang nasib gadis yang masih berusia 14 tahun ini. Dia dikurung oleh tiga lelaki yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya 20 lelaki selama lima hari.

Selain itu dia juga diberikan ubat-ubatan terlarang selama dikurung.

Gadis ini akhirnya berjaya diselamatkan oleh West Midlands Police pada 13 Jun 2015 lalu.

Dilaporkan oleh Mirror Online tiga lelaki yang bernama Jake Cairns  yang berusia 21, Brandon Sharples (20) dan Jack McInally, 21,  akhirnya ditangkap.

Ketiga lelaki dari Coventry, England itu, didapati bersalah mengeksploitasi seorang kanak-kanak.

Di samping dakwaan ini, Cairns juga terbukti bersalah menyebarkan imej lucah budak bawah umur.

Disebutkan dalam perbicaraan bahawa gadis itu cuba melarikan diri dengan memanjat keluar dari tingkap bilik mandi di tingkat pertama hanya dengan memakai seluar dalamnya.

Sebelum ini terdapat laporan kehilangan yang menyebutkan bahawa gadis itu menghilang dari rumah saudara-mara di Coventry.

Maklumat tersebut lantas membawa polis ke sebuah alamat di Radford, di mana didapati gadis malang itu ketika cuba melarikan diri.

Polis akhirnya berjaya masuk dan menangkap Cairns, McInally dan Sharples.

Siasatan polis menunjukkan bahawa Cairns telah mengambil gambar seks secara eksplisit remaja itu dan menyiarkannya di laman web Viva Street.

Wajah gadis itu tidak kelihatan tapi satu gambar memaparkan loket khas milik mangsa.

DNA yang terdapat dalam selimut di dalam bilik, di mana dia dipaksa melakukan hubungan seks, terbukti datang dari lima sumber yang berlainan, termasuk Cairns.

Pada masa ini ketiga-tiga lelaki itu menunggu hukuman atas tindakan mereka di mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.