Gadis ‘Diratah’ Mat Bangla

Padah terlalu mempercayai lelaki yang baharu dikenali, seorang wanita tempatan menjadi mangsa ‘ratahan’ seorang lelaki warga Bangladesh berulang kali di sebuah hotel di Jalan Imbi, baru-baru ini.

Metro melaporkan tragedi hitam itu berlaku semasa mangsa berusia 30 tahun berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri selepas diajak keluar minum oleh suspek berusia lingkungan 30-an di kawasan Bukit Bintang, selepas tamat waktu bekerja.

Menurut sumber, mangsa hanya menyedari dirogol selepas terjaga dari tidur dalam keadaan separuh bogel.

“Mangsa yang bekerja sebagai pelayan setuju untuk keluar bersama walaupun hanya baharu mengenali lelaki warga asing terbabit.

“Suspek memujuk mangsa minum minuman keras dalam jumlah yang banyak sebelum wanita itu berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri,” kata sumber seperti dilapor portal tersebut.

Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Imbi lalu merogolnya berulang kali.

Sumber menambah akibat kejadian itu mangsa mengalami trauma dan hampir membunuh diri.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, pada Ahad lalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa baharu saja mengenali suspek dan sebelum ini tidak pernah keluar bersama dengan suspek yang dilihat berperwatakan baik,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.