Buat Iklan Budak Lelaki Kulit Hitam Pakai Sweater Bertuliskan Binatang, Produk H & M Dikecam Rasis

Fesyen pakaian sweter terbaru H & M  telah mendapat kecaman ramai selepas memuatnaik iklan yang memalukan dan bersifat rasis.

Dalam iklan tersebut, H & M memaparkan seorang kanak-kanak berkulit hitam sebagai model sweater dengan tulisan di dada, “Coolest Monkey in the Jungle”.

Selepas kejadian ini viral, pihak H & M mengaku salah dan meminta maaf.

“Kami dengan sungguh-sungguh meminta maaf kerana menyinggung perasaan ramai dengan imej sweater ini..

“Imej itu telah dikeluarkan dari semua pembelian dalam talian dan tidak akan dijual di Amerika Syarikat,” kata  H & M dalam kenyataan media kepada Fox News.

Gelombang kemarahan terhadap iklan yang dicetuskan pada hari Ahad itu bermula selepas ia dimuatnaik ke media sosial oleh netizen.

Turut mengecamnya ialah The Weeknd iaitu selebriti berkulit hitam  yang turut juga bersuara dalam kontroversi ini dan turut menamatkan kontrak kerja dengan syarikat berkenaan.

.”Pagi ini ketika saya bangun, saya terkejut dan malu dengan iklan H & M ini. Saya sangat tersinggung dan saya memutuskan saya tidak akan bekerja dengan H & M lagi,” tulis The Weeknd yang popular dengan lagu Starboy.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.