Video: Anugerah PUSKAS Milik Faiz Subri, Gol Tercantik 2016

KUALA LUMPUR – Mohd Faiz Subri mencipta sejarah selepas menjadi pemain Asia pertama memenangi Anugerah Puskas dalam majlis Anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, sebentar tadi.

 

Debaran ini berakhir dengan kegembiraan dan lafaz kesyukuran apabila Mohd Faiz Subri, 29, membawa pulang trofi kemenangan buat Malaysia.

 

Pemain Pulau Pinang yang merupakan anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu mengetepikan dua lagi calon akhir, Jonath Marlone Azevedo da Silva (Brazil) dan Danisuka Rodriguez (Venezuela), selepas diumumkan legenda Brazil, Ronaldo.

 

Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama antarabangsa yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.