PM Ucap Tahniah Pada Faiz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Mohd Faiz Subri yang meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, malam tadi.

 

Menerusi catatan di Facebooknya, Najib berkata, kemenangan Faiz itu akan memberi inspirasi kepada semua pemain bola sepak negara.

 

“Tahniah Faiz Subri! Kejayaan anda dalam FIFA Puskas Award 2016 akan memberi inspirasi kepada semua pemain bola sepak Malaysia dan juga telah mengharumkan nama negara!”kata Najib.

 

Terdahulu, jaringan penyerang pasukan Pulau Pinang itu disenarai pendek dalam Anugerah Puskas bersama-sama dua lagi calon iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriques dari Venezuela.

 

Gol tercantik dunia yang dilakukan Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Februari tahun lepas.

 

Kejayaan Mohd Faiz itu melayakkan beliau sebaris dengan bintang bola sepak terkenal dunia yang pernah memenangi anugerah itu antaranya ialah Christiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriquez.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.