Yaya Toure Dipilih Pemain Terbaik Afrika Kali Keempat

Lagos – Pemain tengah Manchester City dan Ivory Coast, Yaya Toure hari ini menjadi pemain pertama menang empat tahun berturut-turut Anugerah Pemain Terbaik Afrika.

 

Bintang berusia 31 tahun itu mengetepikan saingan penyerang dari Gabon yang kini beraksi untuk Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang serta penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama, yang kini bermain untuk Lille di Perancis.

 

Toure menyamai rekod penyerang Cameroon, Samuel Eto’o sebagai pemenang empat kali namun Toure menjadi pemain pertama membolot anugerah itu empat tahun berturut-turut.

 

Toure menang anugerah berprestij Afrika itu untuk pertama kali pada 2011.

 

Pencapaiannya tahun lalu ialah membantu Manchester City menggondol juara Liga Perdana Inggeris serta membantu Ivory Coast layak ke Piala Dunia 2014 Brazil.

 

Jurulatih dan pengarah teknikal bola sepak 54 anggota Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) megambil bahagian dalam undian bagi anugerah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.