Venus atasi Wozniacki di Auckland

Auckland – Venus Williams muncul antara pemain paling tua untuk memenangi gelaran Jelajah WTA apabila dia menewaskan Caroline Wozniacki dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Auckland Classic, hari ini, lapor AFP.

 

Pemain berusia 34 tahun itu berjaya mengatasi lawan dari Denmark itu 2-6 6-3 6-3 dalam tempoh 110 minit dan memenangi gelaran ke-46 serta bersedia untuk cabaran Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia nanti.

 

“Saya pemain tenis yang tua sekarang,” kata Venus yang muncul pemain keempat tertua memenangi Jelajah WTA pada usia 34 tahun, lima bulan dan 24 hari dengan hanya Billie Jean King, Kimiko Date-Krumm dan Martina Navratilova lebih tua daripadanya.

 

“Saya menunggu sehingga usia 33 tahun untuk beraksi di New Zealand dan ini adalah kesilapan terbesar saya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.