Tuduhan Jakim Promosi Ekstremisme Bersifat Provokasi

Kuala Lumpur – Tuduhan yang dilemparkan oleh individu bernama Eric Paulsen bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan sebuah badan yang mempromosi atau menggalakkan ektremisme setiap Jumaat merupakan satu pelakuan tidak bertanggungjawab yang amat serius.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tuduhan individu bernama Eric Paulsen yang memuat naik entri di laman twitter itu bersifat provokasi kepada keharmonian antara agama yang dinikmati selama ini.

 

Pada 8 Januari lalu, Eric memuat status: “JAKIM is promoting extremism every Friday. Govt needs to address that if serious about extremism in Malaysia” (sic) atau “JAKIM mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya sekiranya serius mengenai ekstremisme di Malaysia”.

 

Menurutnya, kenyataan Eric boleh ditafsir secara mudah bahawa ia merujuk kepada khutbah Jumaat dan Islam, menjadikan Khutbah Jumaat sebagai rukun dalam solat Jumaat.

 

“Ia tidak pernah sama sekali menggalakkan ekstremisme atau keganasan dalam apa jua bentuk sebaliknya menyeru, mengajak serta menasihatkan orang ramai ke arah kebaikan serta mengamalkan ajaran Islam sebenar.

 

“Khutbah Jumaat juga aktiviti dakwah secara lisan berunsur pendidikan dengan memberi nasihat keagamaan, menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan serta diambil kesempatan juga bagi menyampaikan dasar-dasar negara dan isu-isu semasa sesama orang Islam.

 

Adakah peringatan sesama umat Islam ini wajar dikatakan sebagai ekstrem?” katanya dalam kenyataan.

 

Tambah Jamil Khir, bagi mengelak ia tersasar daripada objektif khutbah Jumaat yang sebenar maka khutbah telah diseragamkan dengan penerbitan teks.

 

Jelasnya beliau, menjadi peranan Jakim untuk menerbitkan teks khutbah Jumaat dan menyelaras aktiviti di atas mimbar sebagaimana pentadbiran tempat ibadat agama lain juga mempunyai aktiviti dan pentadbiran tersendiri.

 

“Oleh kerana kenyataan beliau ini boleh dianggap sebagai dakwaan yang sengaja mencetuskan sensitiviti umat Islam tanpa sebarang asas, saya telah meminta Jakim membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

“Justeru, saya suka mengingatkan agar orang ramai supaya berhenti daripada terlibat sama mencipta atau menyebarkan sebarang bentuk maklumat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat,” ujarnya.

One thought on “Tuduhan Jakim Promosi Ekstremisme Bersifat Provokasi

  • January 11, 2015 at 8:44 am
    Permalink

    Di Indonesia, semalam satu tindakan meletupkan kapal nelayan neara ini telah dilakukan setelah mengalami amaran yang dibuat oleh presiden beliau sendiri selepas beberapa hari beliau dilantik sebagai Presiden.

    Di Malaysia ramai sudah rakyatnya sendiri membuat provokasi atau ujian terhadap ketegasan kerajaan dalam mengendalikan Akta Hasutan. Namun harapan rakyat Malaysia ialah ketegasan yang bertahap 100% perlu ada terhadap mana penguatkusa dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap undang-undang yang ada demi kelangsungan keamanan dan kedamaian negara tercinta ini. Cukup dengan seorang Menteri yang bersikap pemaaf. Sebenarnya sikap kita yang terlalu baik bukan ada untung pun dalam banyak perkara, malahan akan terpalit bahana nya kepada warga terbanyak. TK.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.