Sayur RM10 sekilogram di Lembah Klang

Klang – Sayur-sayuran yang dijual RM3 sekilogram sebelum ini, kini mencecah RM10 sekilogram di Lembah Klang, kononnya kerana banjir, walaupun sumbernya bukan diperoleh dari negeri-negeri yang dilanda banjir.

 

Penolong Pengarah Kanan Pejabat Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor, Yusof Bakar berkata, bayam, kacang buncis dan sawi yang dijual di sekitar Lembah Klang sebenarnya diperoleh dari Ulu Yam dan Cameron Highlands.

 

Katanya, kenaikan harga sayur-sayuran itu sepatutnya tidak berlaku.

 

Jelasnya, pejabatnya yang turut mengawasi kawasan Lembah Klang tidak dapat mengambil tindakan, kerana sayur-sayuran itu bukan barang kawalan dan hanya boleh menasihatkan peniaga.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Ops Pasca Banjir, pada Jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.