Rumah Suami Umie Aida Dilelong RM2.1 juta

Kuala Lumpur – Rumah Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang terletak di Mont Kiara, dilelong dengan harga RM2.1 juta dalam satu acara lelongan di Hotel Istana hari ini.

 

SuaraTV sebelum ini melaporkan, rumah tersebut dilelong selepas Khairuddin yang juga merupakan suami pelakon popular, Umie Aida itu diisytiharkan muflis dan kediamannya dibeli seorang wanita yang berasal dari Damansara tanpa ada lain-lain bidaan.

 

Khairuddin sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1MDB serta anak syarikatnya kerana mendakwa ia menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan.

 

Beliau juga dalam satu temu bual bersama sebuah portal berita mendakwa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak melakukan kerja, sebaliknya hanya ‘tidur’.

 

Khairuddin pada Ahad mendakwa sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak yang menuduhnya membuat laporan palsu terhadap 1MDB.

 

Beliau berkata, peguamnya Datuk Seri Rajan Navaratnam sedang meneliti laporan berita tentang kenyataan terhadapnya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada untuk menyaman pihak berkaitan.

 

Pemuda Umno Batu Kawan pada Isnin menggesa Khairuddin, yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipecat dari jawatan dalam parti sekiranya benar ahli perniagaan itu kini diisytiharkan muflis.

 

“Kami harap ada siasatan ke atas perkara ini kerana kita tidak mahu seorang pemimpin yang dipilih sebenarnya sudah muflis tetapi masih memegang jawatan selain lantang mengkritik parti sendiri.

 

“Dokumen yang diserahkan termasuk salinan surat dari Jabatan Insolvensi yang menunjukkan beliau muflis, maklumat mengenai 138 syarikat milik Khairuddin dan surat saman polis,” katanya lagi.

 

Baca: Suami Umie Aida Dakwa Tidak Tahu Rumah Kena Lelong

 

Baca: Suami Umie Aida Muflis, Rumah RM2.1 Juta Bakal Dilelong

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.