Piala Asia: China Kejutkan Arab Saudi

Brisbane – China membuka kempen kejohanan bola sepak Piala Asia dengan membuat kejutan menewaskan Arab Saudi 1-0 dalam saingan Kumpulan B, hari ini, lapor AFP.

 

Yu Hai muncul wira pasukan dengan gol pada minit ke-80 hasil sepakan percuma dari jarak 30 ela yang terkena badan seorang pemain pertahanan sebelum menewaskan penjaga gol, Abdullah Waleed.

 

Arab Saudi bangkit memberi saingan untuk gol penyaman tapi ketumpulan jentera serangan mereka menghampakan pasukan.

 

Tambahan pula,  Naif Hazazi gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61.

 

China kini menerajui kumpulan bersama Uzbekistan yang terdahulu menewaskan Korea Utara 1-0 di Sydney, petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.