Pembunuhan Di Charlie Hebdo Bukti Akta Hasutan Diperlukan – KPN

Shah Alam – Kejadian ganas yang berlaku di Paris, Rabu lalu menjadi bukti bahawa Akta Hasutan amat diperlukan dalam negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

 

“Ambil lah ikhtibar kejadian di Paris. Itu lah sebab nya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama..” petik kenyataan beliau dalam laman sosial Twitter.

 

IGP Akta Hasutan

Terdahulu, dalam kejadian Rabu lalu, dua lelaki bersaudara, Cherif dan Said Kouachi menembak mati 12 orang masing-masing dua anggota polis dan 10 wartawan dan kartunis akhbar mingguan Charlie Hebdo.

 

Kedua-dua suspek berkenaan dikatakan terbabit dalam kegiatan militan di mana susulan insiden berdarah itu, dua lagi kejadian tembakan berlaku di negara itu.

 

Bagaimanapun, polis Perancis telahpun menembak mati dua beradik berkenaan hari ini selepas menyerbu bangunan di mana mereka berlindung serta menyelamatkan seorang tebusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.