Mayat Terlalu Lama Dalam Air

Pangkalan Bun – Dua kapal perang milik Jepun, Onami dan Katanami menemui tiga jenazah yang dipercayai penumpang QZ8501 di Laut Jawa.

 

Ketiga-tiga jenazah diterbangkan ke Pangkalan Udara Iskandar menggunakan helikopter Seahawk milik Jepun.

 

Ketika diturunkan, mayat mangsa telah rosak dan tinggal rangka kerana terlalu lama berada di dalam air lapor Tempo.com.

 

Menurut Koordinator Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), Hariyanto, hanya seluar panjang yang masih terlekat pada tubuh jenazah.

 

“Keadaan mayat sudah tinggal rangka. Jantina ketiga-tiga jenazah adalah lelaki,” katanya.

 

Sementara itu, dua lagi mayat ditemui dan diangkat ke Kapal Mahakarya Geo Survey (MGS) yang berada di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

 

Lapor portal CNN Indonesia, jantina mayat adalah seorang lelaki dan perempuan.

 

Mereka duduk bersebelahan dan diangkat dari laut bersama kerusi yang mereka duduki.

 

Mayat lelaki kelihatan memakai alat mengendong bayi di dadanya.

 

Penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah mangsa yang ditemui setakat ini meningkat kepada 48 orang. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.