Mangsa Banjir Di Johor Meningkat

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 152 orang berbanding 130 orang dan kini ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara di daerah Segamat hari ini.

 

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, hingga pukul 12 tengah hari ini, 91 orang daripada 25 keluarga dari Mukim Labis ditempatkan di Balai Raya Kampung Segamat Kecil manakala 39 orang daripada 10 keluarga dari Mukim Gemereh ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak.

 

Mangsa dari Paloh pula ditempatkan di Kompleks Penghulu Pagoh iaitu seramai 15 orang daripada sebuah keluarga manakala mangsa dari Mukim Buloh Kasap ditempatkan di dua lokasi iaitu di Balai Raya Kampung Simpang Loi (lima) dan Balai Raya Kampung Mensudut Lama (dua). – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.