Keputusan Kes Liwat II Akan Diketahui ‘Tidak Lama Lagi’ – Ketua Hakim Negara

Kuala Lumpur – Keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diketahui ‘tidak lama lagi’, demikian kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

 

Menurutnya, kes tersebut didengar dua bulan dahulu dan ia masih dalam jangka masa yang dibenarkan.

 

“(Ia masih) dalam tempoh yang dibenarkan. (Keputusan akan dibuat) dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” kata Ariffin.

 

Bernama sebelum ini memetik Ariffin sebagai berkata yang semua kes perlu diselesaikan dalam masa tiga bulan.

 

Namun katanya, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan jika ia melibatkan kes yang rumit.

 

Anwar, 67 sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

 

Kemudian pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan dengan memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

 

November lalu prosiding rayuan kes itu berlangsung namun sehingga kini masih belum mendapat diumumkan keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.