Jangan Polemikkan Kapal Nelayan Malaysia Dibom – Hishammuddin

KLUANG:Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua pihak diminta tidak mempolemikkan kejadian sebuah kapal nelayan milik Malaysia yang ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia demi menjaga hubungan baik antara kedua-dua negara.

 

Beliau berkata, pihaknya percaya agensi yang berkaitan dengan perkara itu sudah melakukan siasatan mengenainya dan akan dibawa ke kabinet atau Majlis Keselamatan Negara.

 

“Kementerian Pertahanan belum menerima laporan terperinci mengenainya. Walaupun jangan timbulkan polemik, namun, ini tidak bermakna kedudukan hak dan keselamatan, kita akan abaikan,” jelasnya.

 

Hishammuddin menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis Himpunan Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sembrong, di sini.

 

Kementerian Luar mengesahkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia dengan nombor pendaftaran PKFA 7738 ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu dua hari lepas.

 

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menegaskan amat penting bagi Malaysia menjaga hubungan rapat dengan negara-negara Asean memandangkan Malaysia merupakan Pengerusi Asean tahun ini. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.