Charlie Hebdo: Tiga Ditembak Mati, Seorang Diburu

PARIS – PERANCIS. Tiga suspek termasuk dua suspek serangan bersenjata di Charlie Hebdo dilaporkan ditembak mati pada petang Jumaat dalam dua serbuan berbeza.

 

Said Kouachi, 34 dan Cherif Kouachi, 32, suspek serangan yang mengorbankan 12 orang pada kejadian Rabu lalu, ditembak mati selepas polis mengepung sebuah kawasan industri, tempat yang dikatakan suspek serangan Charlie Hebdo bersembunyi.

 

Manakala seorang lagi rakan kepada Said dan Cherif, Amedy Coulibaly, 32, ditembak mati dalam satu lagi serbuan ke atas sebuah pusat percetakan dan pasar, di mana tebusan dilaporkan sedang dikurung, lapor CNN.

 

Sementara itu, seorang lagi suspek yang bersama-sama dengan Amedy, Hayat Boumeddiene, 26, dilaporkan berjaya melarikan diri.

 

Sebelum itu, Amedy dan Hayat dilaporkan mengambil tebusan dan memaksa pihak berkuasa melepaskan (berhenti memburu) Said dan Cherif.

 

Amedy dan Hayat merupakan suspek serangan ke atas seorang anggota polis wanita dan seorang awam pada hari Khamis, sehari selepas Said dan Cherif menyerang syarikat akhbar, Charlie Hebdo.

 

Operasi memburu diteruskan bagi mengesan Hayat. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.