BASARNAS Bimbang, Kemungkinan Kotak Hitam Hilang

Pangkalan Bun –  Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia bimbang dengan kemungkinan kotak hitam tiada sebaik ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diangkat ke permukaan.

Pengarah Operasinya Bambang Soelistyo berkata, kedua-dua kotak hitam iaitu Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR) dipercayai tidak lagi berada di bahagian ekor dan mengandaikan peranti berkenaan terpelanting keluar sebaik terhempas.

“Penyelam tidak menemui (kotak hitam) ketika ekor masih di bawah (dasar laut).

“Sebaik diangkat ke permukaan, tiada isyarat ping dikesan alat underwater located beacon (ULB),” katanya.  –  Tempo.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.