Bantuan Bagi Mangsa Banjir Di Kemaman, Maran Dan Temerloh

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Seramai 80 peserta berupa sukarelawan hari ini tampil untuk menyampai dan menghantarkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Maran dan Temerloh sambil membuat kerja-kerja pembersihan.

 

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hadir bagi melepaskan peserta konvoi ke program misi bantuan mangsa banjir yang terdiri daripada kakitangan Kolej International Education Centre (Intec), United Malayan Land Berhad (UMLand), Dutch Lady, Adabi Consumer dan Persatuan Komuniti 1Malaysia .

 

“Pelbagai barangan sumbangan orang ramai dan syarikat persendirian berjaya dikumpulkan dan insya-Allah seramai 400 keluarga bakal menerima sumbangan ini yang akan disampaikan terus kepada mangsa.

 

“Program ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir selain dapat membantu membersihkan masjid, surau, balai raya dan rumah yang terlibat,” tambah beliau.

 

Sebanyak sembilan kenderaan, yang terdiri daripada dua buah bas, dua lori dan enam pacuan roda 4X4, mengikut program ini.

 

Jumlah keseluruhan bantuan yang dibawa ke Kemaman, Maran dan Temerloh dianggarkan bernilai hampir RM300,000. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.