Amedy Coulibaly Disahkan Ditembak Mati, Isterinya Tidak Pernah Ke Malaysia

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Amedy Coulibaly, 32 yang ditembak mati pihak berkuasa Perancis dan isterinya Hayat Boumeddiene, 26, tidak pernah ke Malaysia seperti dilaporkan media antarabangsa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya berkata, hasil semakan dilakukan PDRM mengesahkan mereka tidak pernah memasuki Malaysia.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan suami isteri itu dikatakan pernah ke Malaysia untuk bercuti berdasarkan penemuan gambar mereka yang dikatakan dirakam di Malaysia.

Coulibaly ditembak mati selepas membunuh empat orang awam di sebuah pasar raya di Paris, Perancis.

Dia adalah suspek dipercayai menembak mati seorang polis wanita di Montrouge di selatan Paris pada Khamis lalu dan dikatakan ada kaitan dengan dua beradik yang menyerang pejabat akhbar mingguan satira Charlie Hebdo Rabu lalu.

Boumeddiene, 26, pula bersubahat dengan Coulibaly dan masih diburu selepas melarikan diri. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.