KPN Arah PDRM Siasat Eric Paulsen Di Bawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen hari ini memilih untuk berdiam diri, ekoran tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang membuat kenyataan terbuka di akaun Twitter beliau untuk tuduhan Paulsen di laman Twitter di bawah Akta Hasutan.

 

“Tiada komen buat masa ini – akan keluarkan kenyataan kemudian.” kata Paulsen melalui mesej kepada The Post Rakyat yang cuba menghubungi beliau bagi mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat.

 

“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius tentang ekstremisme di Msia,” tulis Paulsen semalam di akaun Twitternya @EricPaullsen101 yang mencetuskan kontroversi di laman sosial.

 

Tindakan Paulsen menarik perhatian Khalid yang menulis satu mesej sebagai reaksi dalam Twitter beliau hari ini.

 

“Statement sebegini memang wajar kita siasat di bawah Akta Hasutan. @PDRMsia akan siasat di bawah Akta Hasutan,” tulis Khalid di Twitter beliau yang turut memuatkan grafik gambar Paulsen serta Ahli Parlimen DAP Kampar, Dr Ko Chung Sen, yang sebelum ini turut membuat kenyataan berbaur hasutan.

 

Ko sebelum ini mengeluarkan kenyataan agar subjek Tamadun Islam yang diajar di Institusi Pengajian swasta (IPTS) dihapuskan.

 

“Hati2 lah dalam memperkatakan sesuatu. Jgn ‘berkata kata’ yg akan mengundang @PDRMsia mengambil tindakan. Berani cakap berani lah tanggung,” tegas Khalid selanjutnya memberi amaran melalui Twitter beliau, @KBAB51.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula menyifatkan kenyataan Paulsen di Twitter  itu sebagai satu provokasi yang sengaja mahu menggugat keharmonian negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum serta agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.