3 Sekolah Di Gua Musang Ditangguhkan Sesi Persekolahan

Kota Bharu –  Tiga sekolah di Gua Musang yang sepatutnya bermula esok ditangguhkan sesi persekolahan berikutan kerja pembersihan akibat banjir masih belum selesai selain berlakunya tanah runtuh.

Jumlah itu menjadikan enam sekolah di negeri ini tidak dibuka esok, masing-masing tiga di Kuala Krai dan Gua Musang.

Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Hussain Awang berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Jasa, Kuala Krai yang tersenarai untuk penangguhan disahkan boleh dibuka esok.

“Semalam diumumkan empat sekolah di Kelantan yang akan ditangguhkan, tetapi SK Lela Jasa disahkan boleh digunakan esok dan ia boleh beroperasi seperti sekolah lain.

“Bagaimanapun ada tambahan tiga lagi sekolah yang terjejas di Gua Musang iaitu SK Pasir Tumboh dan SK Tohoi yang masih belum selesai dibersihkan berikutan lumpur masih tebal.

“SK Balar pula tidak boleh dibuka kerana berlaku tanah runtuh di jalan memasuki kawasan sekolah,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, pihaknya akan memastikan sekolah terbabit dibuka secepat mungkin

Katanya, kerja pembersihan masih giat dijalankan.

Senarai sekolah yang tidak dibuka esok:

Kuala Krai

1) SMK Dabong

2) SK Dabong

3) SK Kemubu

Gua Musang

1) SK Pasir Tumboh

2) SK Tohoi

3) SK Balar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.