Mukhriz Bimbang PH Jadi Kerajaan Hanya Sepenggal

PORT DICKSON – Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengingatkan Pakatan Harapan supaya turun padang mendekati rakyat agar tidak menjadi kerajaan yang berkuasa untuk satu penggal sahaja.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ketika ini beliau melihat parti pembangkang mengambil alih peranan memperjuangkan isu rakyat yang sebelum ini dilakukan oleh parti-parti dalam pakatan itu.

“Kalau rakyat boleh ubah kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mereka juga boleh ubah sekali lagi dalam PRU-15.

“Saya lihat ketika ini sudah ada #PHKerajaanSepenggal. Saya bimbang kalau tidak lakukan sesuatu, kita mesti elak hanya jadi kerajaan sepenggal,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Bersatu Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mukhriz berkata, Pakatan Harapan perlu kembali dengan kaedah dan cara kerja sebelum ini yang mengutamakan rakyat di peringkat akar umbi.

“Saya sarankan supaya balik kepada cara lama, turun ke akar umbi beri penerangan kerana kuasa ada dalam tangan rakyat. Kita kena bergerak seperti pertubuhan bukan kerajaan.

“Kita juga perlu sedar bahawa perang sebenar hari ini menggunakan WhatsApp dan media sosial dan mesti memanfaatkan kemudahan itu,” katanya. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

U-Turn Perkara Biasa Malaikat Pun Buat Silap, kata Perdana Menteri

ICERD: Status Undian Online Syed Saddiq dan Mukhriz FC Jadi ‘Senjata Makan Tuan’

Tiada Kereta Peronda Polis Diterbalikkan, Himpunan Bantah ICERD Berlangsung Aman

Kaum Bukan Melayu Tidak Berhak Tuntut Ratifikasi ICERD, Kata Dr Low Yong San

Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan

AMK PKR Tak Halang Ratifikasi ICERD

Ratifikasi ICERD Serlah Sikap Sebenar Kerajaan PH Yang Didominasi MP Bukan Islam

 

 

3 thoughts on “Mukhriz Bimbang PH Jadi Kerajaan Hanya Sepenggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.