Masukkan Himpunan ICERD Dalam Buku Sejarah, Kata Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan berseloroh menyindir Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik agar himpunan n kesyukuran bagi meraikan keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) semalam dimasukkan dalam buku sejarah.

Cadangan itu diutarakannya memandangkan himpunan semalam mendapat sambutan berpuluh ribu rakyat Malaysia.

“#Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah. @maszlee Menteri boleh masukkan dalam buku sejarah. Ya,” katanya menerusi Twitter.

Ahmad dipercayai mengusik Maszlee memandangkan anggota parlimen Simpang Renggam itu pada minggu lepas mencuri perhatian apabila menyatakan skandal 1MDB akan dimasukkan ke sejarah Malaysia’.

Sindiran ini bertitik-tolak daripada Maszlee dalam Dewan Rakyat berkata isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam buku sejarah.

Menteri Pendidikan itu berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad berhubung mata pelajaran berkenaan di sekolah swasta.

Walaubagaimanapun Setiausaha Menteri Pendidikan Shahrul Aman Mohd Saari nafi bossnya berkata demikian sebaliknya mendakwa isu 1MDB hanya “akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia” dan bukan dalam buku teks sejarah.

Pihak polis semalam menganggarkan kira-kira 55,000 peserta himpunan menyertai Himpunan ICERD atay himpunan 812, manakala Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggarkan kira-kira 500,000 kehadiran.

Perhimpunan itu ditamatkan sejam lebih awal daripada tempoh yang dibenarkan pihak polis.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.