Sadis…Lelaki Langgar Biawak Berulang Kali

RAKAMAN seorang lelaki yang menunggang motosikal dan melanggar seekor biawak yang didakwa ‘mencuri’ ikan berulang kali dikecam warga netizen.

 

Video berdurasi 1 minit 32 saat berkenaan juga disertai dengan suara seorang lelaki yang mentertawakan biawak berkenaan apabila ‘dilanyak’ motosikal.

 

“Ha ambik kau ha makan ikan lagi ha,” kata lelaki tersebut.

 

Biawak berkenaan yang masih hidup ketika kejadian akhirnya tidak bergerak, dipercayai mati.

 

Lokasi dan waktu rakaman kejadian tersebut yang viral di laman Facebook bagaimanapun gagal dikenal pasti.

 

Sementara itu, majoriti pelayar yang menyaksikan video tersebut mengecam tindakan berkenaan dan menyifatkan individu terlibat sebagai sadis.

 

“Kenapalah zalim sangat jadi manusia,” kata Qaseh.

 

“Astaghfirullahalazim. Lebih kejam dari binatang,” kata Anggun.

 

Video berkenaan telah ditonton lebih 18,000 pelayar di Facebook.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.