PM Cabar Buktikan Kalau Dia Bersalah – Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menerima cabaran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan amanatnya di Perhimpunan Agung UMNO 69 di PWTC, malam tadi bagi membuktikan kesalahan yang dilakukan olehnya.

 

“Pada saya ucapan amanat tadi adalah ucapan penegasan, bahawa kali ini Presiden parti lebih berterus terang terutama dalam memberikan penjelasan, tohmahan dan tuduhan terutamanya daripada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin.

 

“Segalanya tadi telah dijawab. Apa yang keluar daripada mulut beliau (Najib) sendiri seolah-olah memberi ‘signal’ dia tidak akan lagi menoleh ke belakang untuk melayan tuduhan-tuduhan yang liar, yang tidak dapat dibuktikan.

 

“Semuanya adalah perkara yang diulang- ulang tanpa bukti. Dan, dia mencabar kalau nak buat tuduhan, buktikan. Contohnya kalau berlaku penyelewengan, maka buktikanlah,”kata Mohd Puad yang mengulas sebagaimana amanat yang telah disampaikan oleh Presiden.

 

Dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak menghadiri Taklimat Presiden, Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang berlangsung malam tadi.

 

Pada program itu yang bermula jam 9 malam tadi, adalah menjadi amalan Presiden UMNO menerusi perhimpunan untuk berucap dan memberikan amanatnya di hadapan 191 pimpinan UMNO bahagian dari seluruh Malaysia.

 

Dalam perkembangan sama, yang kelihatan adalah Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal iaitu antara yang lantang mengkritik pentadbiran Najib. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.