Penjual Donut 10 Sen Jadi ‘Buruan’

KUALA LUMPUR – Beberapa hari lalu, kisah seorang peniaga yang menjual kuih donut dengan harga RM 0.10 sebiji viral di laman sosial.

 

Menurut maklumat yang diperolehi menerusi beberapa buah portal, lelaki berkenaan yang merupakan seorang mualaf, baharu sahaja seminggu membuka perniagaan menjual donut di kawasan kediamannya iaitu di Flat Maluri, Cheras.

 

Ia disifatkan ramai sebagai luar biasa kerana harga kuih donut di pasaran buat masa ini adalah sekitar RM 0.40 dan RM 0.50 sebiji.

 

Kisahnya yang viral itu nyata menjadi rezeki buat lelaki dengan nama Muhammad Waliuddin Chia ini.

 

Sememangnya, kuasa dan pengaruh besar yang dibawa media sosial bukan calang-calang. Ini terbukti apabila bilangan donut jualan Waliuddin naik dengan mendadak.

 

Jika sebelum ini dia hanya menjual kira-kira 100 biiji donut, kini dia perlu menyiapkan kira-kira 1,500 donut setiap hari.

 

Lebih menarik, ‘saham’ tuan punya badan juga mula naik apabila ramai yang menawarkan diri mahu menjadi pasangannya.

Laporan Harian Metro menyebut Waliuddin memperolehi keuntungan sekitar RM40 sehari.

 

Difahamkan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia telah menyampaikan bantuan dalam bentuk peralatan memasak kepada Waliuddin bagi membolehkan dia meneruskan perniagaan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.