Mukhriz ‘Kecut’ Ditanya Tentang Kerugian RM73 Bilion

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir enggan mengulas apabila ditanya mengenai kerugian RM73 Bilion pada zaman pemerintahan bapanya, Tun Mahathir Mohamad yang dibangkitkan menerusi amanat presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

 

Beliau yang ditemui selepas tamat Majlis Tertinggi UMNO bersidang di perkarangan PWTC, hanya tersenyum dan terus berlalu tanpa sebarang penjelasan untuk mempertahankan isu tersebut.

 

Sebelum ini, menerusi amanat Presiden, mendakwa, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin merahsiakan kerugian sebanyak RM 73 bilion yang membabitkan Perwaja (RM 10 Bilion), BBMB (RM 10 Bilion), MAS (RM 20 Bilion) dan Bank Negara (RM 33 Bilion) yang berlaku pada zaman pemerintahan Tun Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

 

Sehubungan itu, ramai pihak mempertikaikan tindakan Bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang lantang mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion untuk terus menyerang presiden.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.