Muhyiddin Nafi Bakal Digantung

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan akan digantung jawatannya berikutan mengadakan satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, dua hari lalu.

 

Ditanya mengenai dakwaan penggantungan jawatannnya, beliau hanya menjawab ‘tidak’ terhadap persoalan yang dikemukakan.

 

Beliau turut yakin dan menjawab ‘Ya’ apabila ditanya adakah beliau kekal dengan jawatan yang disandangnya.

 

Dalam pada itu, beliau hanya memberi reaksi menggelengkan kepala sahaja apabila ditanya berkaitan tindakan yang bakal diambil oleh parti terhadapnya.

 

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga enggan bersuara dan segera meninggalkan perkarangan Dewan Merdeka selepas membuat lawatan ketiga sayap parti (Pemuda, Puteri dan Wanita) walaupun dikawal ketat oleh anggota keselamatan dan pasukan RELA.

 

Malah, berlaku sedikit kekecohan dan tolak menolak apabila liputan media tidak mendapat kerjasama daripada anggota yang bertugas.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.