MT Putuskan Hanya Najib Buat Ucapan Penggulungan

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang sebentar tadi memutuskan hanya Presiden yang akan memberikan ucapan penggulungan diakhir persidangan parti Sabtu ini.

 

Mesyuarat malam tadi turut memutuskan untuk mengekalkan jawatan yang disandang oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Shafie Afdal.

 

Sebelum ini spekulasi bertiup kencang kononnya Muhyiddin akan diambil tindakan berhubung ucapan yang disampaikan ketika perjumpaan khas Isnin lalu.

 

Muhyiddin sebelum ini turut menolak dakwaan kononnya beliau akan dipecat ketika ditemui di PWTC petang tadi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.