Video : Mesyuarat Hanya Dua Agenda, Tidak Bincang Kedudukan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – “Mesyuarat malam ini hanya ada dua agenda untuk persidangan esok. Tiada agenda lain,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi ini.

 

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bakal berlangsung pada malam ini hanya akan membincangkan isu berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 dan tiada langsung perbincangan mengenai kedudukan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Beliau berkata kedua- dua agenda, iaitu persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2015 esok dan berhubung penyelarasan jurucakap negeri itu merupakan kelaziman yang diperbincangkan pada mesyuarat tersebut setiap tahun.

 

Ditanya mengenai ketidakhadiran Muhyiddin pada taklimat Presiden malam tadi, Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu hadir ke PWTC namun tidak masuk ke Dewan Merdeka, lokasi taklimat itu diadakan.

 

“Setakat dimaklumkan Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor), tiada maklum balas mengapa beliau (Muhyiddin) hadir tetapi tidak masuk kedalam dewan,” katanya yang turut ditemani Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.