Donald Trump Gesa Halang Orang Islam Masuk Amerika

KUALA LUMPUR – Donald Trump dari parti Republikan yang merupakan calon Presiden Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mengesa umat Islam supaya tidak memasuki negera itu.

 

Kenyataan yang bersifat islamofobia ini ekoran daripada kejadian tembak-menembak yang berlaku di california oleh pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan militan IS.

 

Pasukan kempen Trump menyatakan larangan orang Islam memasuki Amerika perlu dikuatkuasakan namun tidak menyatakan jenis larangan tersebut terhadap pelancong atau pendatang.

 

“Sehingga wakil dari negara kita boleh memikirkan apa yang sedang berlaku”

 

Trump mendapat kritikan daripada calon parti lain dan di media sosial apabila beliau mengkritik dengan keras dalam ucapan beliau dengan memfokuskan kepada orang Islam.

 

Terdahulu, hartawan hartanah ini berhadapan dengan undi bancian yang merosot di Iowa, namun setelah kenyataan ini dikeluarkan, popularitinya semakin meningkat dan menjadikan beliau calon yang menonjol.

 

Hal yang sama turut berlaku apabila beliau mengeluarkan kenyataan terhadap orang mexico yang membawa masalah ke negara tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.