C. Ronaldo Bantu Real Madrid Belasah Malmo 8-0

CRISTIANO Ronaldo terus membuktikan dirinya sebagai pemain bola sepak nombor satu dunia apabila menjaringkan empat gol untuk membantu Real Madrid menewaskan Malmo 8-0.

 

Dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu, Karim Benzema mencipta hatrik manakala satu lagi gol Real dihasilkan oleh Mateo Kovacic.

 

Ronaldo yang berjaya mencipta sejarah penjaring gol paling banyak dalam saingan UCL sekali lagi memperbaharui rekod dengan muncul sebagai pemain pertama menjaringkan 11 gol di peringkat kumpulan.

 

Sebanyak 11 gol itu dihasilkan Ronaldo menerusi enam perlawanan peringkat kumpulan A.

 

Dengan kemenangan tersebut Real yang dibimbing Rafael Benitez berjaya layak ke pusingan kalah mati. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.