Wanita Tikam Mata, Kerat Mayat Jiran Dipenjara Seumur Hidup

Deltona – Seorang wanita menikam mata jirannya dengan alat pemecah ais dan mengerat mayatnya lalu masak di dapur.

Wanita berusia 42 tahun dari Florida itu telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup untuk serangan kejam tersebut.

Angela Stoldt tidak menunjukkan sebarang rasa kesal atas keputusan mahkamah itu, lapor Mail Online.

Menurut pihak berkuasa, Stoldt cuba bakar mayat James Sheaffer yang berusia 36 tahun, dengan meletakkan beberapa bahagian badan dalam ketuhar dan di dalam pasu di atas dapur, termasuk kaki dan lengan.

Apabila ia tidak berkesan, dia minta tolong anak-anaknya hapuskan bahagian-bahagian badan di dalam beg plastik berhampiran rumah mereka di Deltona, memberitahu mereka dia telah cuba untuk bakar seekor rusa yang telah dia langgar dengan kereta, kata laporan itu.

Pihak pendakwa raya berkata Stoldt membawa Sheaffer ke Perkuburan Osteen di Deltona, menikam kedua-dua matanya dengan alat pemecah ais, dan mencekiknya dengan tali.

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan Sheaffer telah meminta Stoldt untuk bertindak sebagai penerima faedah Keselamatan Sosial hilang upaya, namun dia simpan akaun bersama mereka.

Stoldt bergantung kepada hubungan kewangan mereka untuk wang, tetapi kedua-dua mereka adalah platonik.

Stoldt kini sedang ditahan tanpa ikat jamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.