Sindiket pengedaran pil kuda dilumpuhkan

Gambar file

TUMPAT – Polis Kelantan melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di negeri ini susulan penahanan dua suspek bersama dadah dianggarkan bernilai RM49,975.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dua lelaki terbabit berumur 27 dan 34 tahun ditahan di hadapan sebuah premis perniagaan di Kampung Bendang Luas kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Mazlan berkata sindiket itu yang dikenali sebagai “Geng Bendang” dipercayai bergiat aktif mengedarkan dadah jenis pil kuda sejak dua bulan lepas untuk pasaran tempatan.

Menurut Mazlan sindiket itu juga dipercayai menjadi pembekal utama di daerah Kota Baharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Katanya modus operandi yang digunakan oleh geng berkenaan termasuk menggunakan khidmat bekas banduan untuk melakukan aktiviti pengedaran dadah.

Polis kini memburu tiga lagi orang anggota kumpulan itu yang masih bebas, katanya. -RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.