Penyokong Yang Bertindak Ganas Memalukan Seluruh Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur – Tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya telah memburukkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung malam tadi, di Stadium Shah Alam.

Tindakan penyokong-penyokong itu yang mengasari penyokong Vietnam sehingga ada yang tercedera merupakan satu perkara yang amat memalukkan seluruh rakyat Malaysia.

Menang atau kalah adalah adat sesuatu perlawanan. Namun apa yang perlu dilihat ialah di sebalik kemenangan atau kekalahan tersebut dan bukannya bertindak seperti manusia yang lupakan diri sendiri.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan budaya dan adat yang diwarisi sejak zaman dahulu, terhakis akibat tindakan penyokong-penyokong begini.

Vietnam merupakan pasukan pelawat dan adakah ini cara kita melayan tetamu yang datang ke negara kita?

Apakah tanggapan orang luar terhadap negara kita?

Adakah penyokong-penyokong ini berfikir apabila kita terpaksa mengunjungi negara mereka untuk perlawanan separuh kedua yang akan berlangsung pada Khamis ini di Hanoi.

Tindakan segelintir penyokong ini telah mengundang bahaya kepada penyokong lain yang tidak bersalah.

Pada dasarnya penyokong-penyokong ini sudah lupa akan sebarang tindakan keganasan mereka tidak akan mengubah keputusan perlawanan malam tadi di mana pasukan Harimau Malaya tewas 2-1.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus terima kekalahan pasukan Harimau Malaya semalam dengan harapan masih ada peluang untuk berjuang dan perlu percaya bahawa apa sahaja boleh berlaku dalam sesuatu permainan.

Namun tindakan tidak bermoral segelintir penyokong malam tadi amat mengecewakan seluruh Malaysia sebagaimana luahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa tindakan penyokong itu tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia .

Sepatutunya FAM tidak harus mengunci mulut dalam kejadian begini kerana ini bukan kali pertama ia berlaku.

Dalam perlawanan liga Malaysia pun terdapat ketidakpuasan hati antara penyokong yang seterusnya mencetuskan pergaduhan.

FAM harus mengambil tindakan yang lebih tegas supaya ia menjadi teladan kepada generasi akan datang dan perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa depan demi menjaga imej sukan negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.